Monday 5 October 2015

200 Nelayan TERENGGANU Daftar Sukarelawan

terengganutimes.com

KUALA TERENGGANU – Kira-kira 200 nelayan di negeri ini telah berdaftar sebagai sukarelawan perikanan (Super) sehingga hari ini, kata Pengarah Perikanan Terengganu Abdul Khalil Abdul Karim.
Menurutnya sambutan nelayan terhadap Super begitu menggalakan yang sebelum ini pihaknya hanya mempunyai 100 orang ahli Super berdaftar sejak Julai lalu.
“Super ditubuhkan di setiap kawasan nelayan. Mereka akan menjadi mata dan telinga jabatan apa yang berlaku di laut seperti pencerobohan yang menggugat keselamatan negeri dan negara,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pasukan itu juga akan digerakkan untuk membantu pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir selain menjadi pemberi maklumat pencerobohan di laut atau sebagainya.
Dalam pada itu, beliau menasihati nelayan agar berhati-hati apabila keluar ke laut semasa musim jerebu terutama melakukan tangkapan ikan di laluan kapal dagang. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment