Sunday 27 September 2015

Roller Blade, “Pesona Baru Terengganu” Menjadi Fenomena

                rb

Fenomena kasut roda (roller blade) amat luar biasa sambutannya yang dimanapoli oleh anak-anak muda Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya.
 Beberapa kawasan riadah turut  menjadi tumpuan untuk anak-anak muda serta yang berkeluarga seperti di Taman Awan Batu Burok, Taman Rekriasi Kuala Ibai , Taman Shah Bandar dan tapak tempat letak kereta Paya Bunga Squre di Kuala Terengganu.
 Menurut Armi Irzan Mohd Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, fenomena ini telah sudah menjadi “trend” masa kini terutama anak-anak muda Kuala Terengganu.
 “Pada asalnya terdapat seorang anak muda dari sini membuka permainan kasut roda dengan bayaran RM5 untuk satu jam dan beberapa malam ini sudah ramai kanak-kanak, remaja dan berkeluarga beriadah disini(Taman Shah Bandar)”
 “Memang fenomena roller blade ini menjadi kegilaan para remaja terutama disini dan kawasan ini sahaja ada menyediakan perkhidmatan sewa roller blade kira-kira 400 pasang oleh 8 penyewa dan tidak termasuk yang bawak sendiri”
“Pada setiap malam minggu dianggarkan hingga 1000 ke 2000 orang anak-anak muda serta keluarga membanjiri tapak Shah Bandar ini dan beberapa kawasan lain lagi”, katanya.

Tambahnya acara riadah begini boleh dimajukan lagi dengan ada tempat khas dan prasaran serta keselamatan yang baik untuk menggelakkan pelbagai risiko yang bakal dihadapi nanti.

“Setakat ini semua penyewa tidak mempunyai sebarang permit dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan antara isu setakat ini dari segi keselamatan serta kecederaan kerana terlampau ramai yang ingin mencuba permainan ini”
 “Tiada kawalan dari pihak berkuasa dan mungkin kerajaan boleh bantu  untuk menjadikan minat anak muda ini lebih terurus dan tersusun”, katanya . 

rb1

No comments:

Post a Comment