Tuesday 29 September 2015

Khir Toyo mohon maaf, isteri redha


DR Mohamad Khir keluar dari lokap polis Istana Kehakiman, Putrajaya untuk di bawa ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara terhadapnya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya. "Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan. "Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga, sahabat,rakan-rakan dan penyokong saya yang mungkin terpalit malu kerana kes ini.

 CATATAN Dr Mohamad Khir di laman Facebooknya hari ini. "Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya," katanya. 

Sementara itu, isteri beliau, Zahrah Kechik redha dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan 12 bulan penjara ke atas suaminya. Zahrah ketika ditemui berkata, beliau menerima keputusan itu serta menganggap ia sebagai ujian Allah untuk dia dan suami.
 "Memang tidak dinafikan saya sedih dengan keputusan ini, namun saya reda dengan perkara ini. "Saya harap suami saya juga reda dengan keputusan yang ditetapkan ini. Ini semua adalah ujian dari Allah untuk kami berdua," katanya - BHOnline

No comments:

Post a Comment