Tuesday 22 September 2015

Jururawat Filipina dipenjara kerana komen menghasut di Facebook

                                                   Ed Mundsel Bello komen di Facebook.


Singapura: Seorang bekas jururawat warga Filipina dihukum penjara empat bulan oleh sebuah mahkamah di sini semalam kerana membuat komen berunsur hasutan di laman Facebook.
Bekas jururawat Hospital Tan Tock Seng.
Ello Ed Mundsel Bello, 29, didakwa membuat komen pada 2 Januari lalu yang menghina warga Singapura dan menggesa pekerja Filipina menguasai negara itu.
Hakim Siva Shanmugam menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap Bello kerana mengeluarkan komen itu dan sebulan lagi kerana berbohong kepada polis ketika siasatan.
Selepas menerima banyak aduan dari rakyat Singapura, Bello memadam komen itu dan dia kemudian memberitahu polis, akaun Facebook digodam.
Selepas disiasat akhirnya Bello mengaku membuat komen berkenaan.
Pendakwa raya berkata, tindakan Bello yang berbohong menyebabkan pembaziran masa dan sumber siasatan oleh polis.
Pendakwa raya juga meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai.
Sebelum ini, penduduk Singapura yang mengeluarkan komen berbentuk perkauman di laman sosial turut dihukum di mahkamah. – AFP
– hmetro

No comments:

Post a Comment