Thursday 17 September 2015

Isu Issey bersikap ‘besar kepala’ adalah fitnah – PBSNT

Issey Nakajima Farran kesal laporan akhbar yang memfitnah dirinya.
Issey Nakajima Farran kesal laporan akhbar yang memfitnah dirinya.
Persatuan Bola Sepak Negeri Terenganu (PBSNT) kesal dengan sikap seorang pengamal media yang sentiasa mengada-adakan cerita yang tidak benar berkaitan persatuan tersebut.
 Dalam artikel yang bertajuk “Besar Kepala” yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar tabloid semalam, penulis tersebut menuduh setiausaha agung PBSNT, Haji Arpin Draman sebagai berkata bahawa penyerang Terengganu, Issey Nakajima akan digugurkan jika meminta tuntutan gaji yang terlalu tinggi.
 Haji Arpin menengaskan bahawa beliau tidak pernah dihubungi oleh wartawan berkenaan berkaitan isu tersebut.
 Oleh itu kenyataan yang ditulis dalam akhbar tersebut ialah satu ‘penipuan’ oleh penulis berkenaan ke atas beliau dan PBSNT.
 Ini bukanlah kali pertama penulis berkenaan melaporkan berita palsu berkaitan PBSNT dan para pemain dan pegawainya.
 Presiden PBSNT, Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid pernah meminta pihak media supaya tidak menjadi ‘gunting dalam lipatan’ berikutan artikel yang juga ditulis oleh pengamal media yang sama yang menyatakan ketua jurulatih Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim melarikan diri dari media apabila ingin ditemubual selepas satu sesi latihan sedangkan beliau tidak hadir pun ke sesi latihan berkenaan.
 Begitu juga dalam bulan jun baru-baru ini, penulis yang sama turut menuduh Dato’ Wan Ahmad Nizam akan terus mengugurkan para pemain yang tidak mempamerkan aksi menarik dan terus mengalami kekalahan menjelang perlawanan Liga Super menentang Selangor sedangkan presiden PBSNT tersebut tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
 Penulisan-penulisan pengamal media ini sentiasa sahaja menjurus ke arah aspek negatif berkaitan pasukan Terengganu yang boleh mencemarkan imej dan reputasi PBSNT serta para pegawai dan pemain skuad Sang Penyu.
 Perkara in amat dikesalkan namun ianya terus berulang mencerminkan sifat tidak bertanggungjawab penulis berkenaan yang seperti ingin melakukan ‘sabotaj’ terhadap Terengganu terutama ketika penyerang antarabangsa Kanada itu sedang melakukan persiapan bersama dengan rakan-rakan sepasukan yang lain untuk menghadapi perlawanan kedua Terengganu dalam kempen Piala Malaysia musim ini menentang Kedah pada hari jumaat ini.
Laporan sebuah akhbar tabloid yang membuat fitnah dan cuba melaga-lagakan PBSNT dengan Issey Nakajima Farran.
Laporan sebuah akhbar tabloid yang membuat fitnah dan cuba melaga-lagakan PBSNT dengan Issey Nakajima Farran.
Sementara itu, Nakajima juga meluahkan rasa tidak puas hati beliau berkaitan artikel berkenaan yang melabelkan beliau sebagai seorang pemain yang ‘besar kepala’ dengan membuat permintaan yang tidak munasabah untuk menyambung kontrak bersama dengan Terengganu.
 Penjaring terbanyak Liga Super Terengganu itu memberitahu bahawa dia sentiasa sahaja mengamalkan sikap terbuka dan sebarang perbincangan berkaitan kontrak baru dilakukan dalam keadaan yang baik bersama dengan pengurusan pasukan Terengganu dengan kedua-dua pihak saling menghormati antara satu sama lain.
 Berikutan dengan artikel tersebut, Nakajima juga menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis berkenaan.
 Pihak PBSNT dan Nakajima kini masih dalam proses perbincangan berkaitan kontrak baru beliau bersama dengan Sang Penyu. Ianya berlangsung dalam keadaan baik dan walaupun masih belum mencapai satu titik persetujuan dalam semua perkara, berusaha untuk mencapai satu persetujuan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut lagi. -tfa.my

No comments:

Post a Comment