Sunday 23 August 2015

Penarik Beca di Langgar Dari Belakang – HMetro

                                                            
Penarik beca parah selepas becanya dilanggar motosikal dalam kejadian di Jambatan Sultan Mahmud, di sini, 11.15 pagi, hari ini.
 Difahamkan, kejadian ketika mangsa, Sulaiman Ali, 80, dalam perjalanan pulang dari arah Bukit Tumbuh ke pusat bandar.
 Ketiks itu, dia baru saja selesai menyertai majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, di Gong Badak.
 Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, beca warga emas itu dilanggar dari belakang oleh motosikal yang ditunggang remaja lelaki berusia 16 tahun sebaik melepasi susur keluar Pulau Duyung arah pusat bandar.
 “Mangsa mengalami pendarahan di kepala dan patah tulang leher. Sehingga ini, masih tidak sedarkan diri. Remaja terbabit pula retak di tengkuk serta luka di tangan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
 “Bagaimanapun, remaja terbabit dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

No comments:

Post a Comment