Saturday 13 June 2015

Terkini : Misi membawa pulang Mamat Jusoh – Sedang KOMA di Mekkah


Mamat Jusoh, Klinik Kecemasan Ajyad Mekkah
Mamat Jusoh, Klinik Kecemasan Ajyad Mekkah
Misi membawa pulang Mamat bin Jusoh atau lebih dikenali sebagai Pok Su Mat yang kini sedang dirawat di Hospital dan klinik Kecemasan Ajyad bersebelahan Masjidil Haram Mekkah.
Haji Mamat mengalami strok dan pembuluh darah ke otak pecah dan kini koma (tidak sadarkan diri dalam waktu yang relatif lama) semasa mengerjakan Umrah pada april lalu.
Menteri Besar Terengganu Yab Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman  telah mengarahkan Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Mohamamd Omar dan pasukan pakar perubatan Terengganu ke Mekhah untuk misi membawa pulang Mamat Jusoh ke Terengganu.
Pasukan perubatan ini telah berlepas ke Mekah semalam  12 Jun dan turut sama anak kepada Mamat iaitu Mazri Mamat.
Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ahmad Razif juga akan menanggung sepenuhnya KOS membawa balik Haji Mamat Jusoh ke bumi Terengganu dari Makkah al-Mukarramah.
Sikap kecaknaan Ahmad Razif kepada rakyatnya juga bertempatan dengan prinsip yang telah dibawa oleh beliau dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu prinsip ke 3 ‘Keluarga Bahagian- Rakyat Sejahtera’.
Beberapa keping gambar yang telah dikongsikan dan dimuat naik kedalam akaun facebook milik Mazri yang mana telah menjadi rujukan penulis untuk artikel ini.
Berita penuh MISI ini akan dikemaskini dari masa ke semasa… Tahniah Menteri Besar Terengganu.

10491223_10203094720883814_3726836470249047171_n

10801514_1145901118769358_1123671487113046390_n

No comments:

Post a Comment