Thursday 11 June 2015

“Inikah balasan MAS kepada saya”

pekerja mas-1
Petaling Jaya – “Selama 25 tahun berkhidmat dengan MAS (Penerbangan Malaysia), (saya seperti) tidak berguna bagi syarikat kerana mereka pecat saya melalui satu panggilan telefon saja,” dakwa seorang pramugari syarikat berkenaan.

Dia yang enggan dikenali mendakwa menerima panggilan itu sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas selesai bertugas pada 3 Jun lalu.
Katanya, pentadbir penerbangan (FA) menelefonnya dan memberitahu bahawa dia tidak perlu datang bekerja lagi mulai keesokannya.
“Saya terkejut dan tanya dia bertalu-talu apa salah dan kesilapan saya sehingga dipecat begitu saja. Selama 25 tahun menabur bakti sepenuh jiwa raga, inikah balasan MAS kepada saya,” katanya sambil menitiskan air mata.
Dia berkongsi pengalamannya dipecat hanya melalui panggilan telefon oleh syarikat penerbangan itu pada sidang media yang diatur oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) di sini, semalam, lapor Harian Metro.

No comments:

Post a Comment