Monday 15 June 2015

Gajah Sarkas Naik Minyak Pijak Warga Emas


gajah
gambar hiasan
Buchen (Jerman): Seorang lelaki berusia 65 tahun mati dipijak seekor gajah sarkas yang terlepas dari kandangnya.
Lelaki itu dipercayai melakukan senaman awal pagi di kawasan hutan berhampiran bandar Buchen di barat daya Jerman apabila diserang gajah berkenaan.
Jurucakap polis Yvonne Schmierer bagaimanapun tidak menjelaskan kecederaan yang dialami mangsa kecuali berkata, gajah betina berusia 34 tahun itu, ‘Baby’ berjaya ditangkap dan diserahkan semula kepada sarkas berkenaan.
Menurut Schmierer, pihaknya percaya gajah itu terlepas kerana ada pihak ketiga membuka pintu kandangnya atau pekerja terlupa menutupnya.
Agensi berita Jerman (DPA) melaporkan, ini bukan kali pertama gajah itu mencederakan orang awam. – Agensi

No comments:

Post a Comment