Wednesday 3 June 2015

Citrawarna Terengganu 2015 Sasar Jualan RM150,000

                           TTB1

Citrawarna Terengganu 2015 yang berlangsung di Paya Bunga Square selama empat hari bermula hari mensasarkan nilai jualan purata sehingga RM150,000.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Nawi Mohamad berkata seramai 112 usahawan terlibat dalam program tersebut termasuk 13 dari luar Terengganu. 
“Citrawarna Terengganu 2015 menampilkan kelainan kepada pengunjung apabila usahawan yang terlibat diwajibkan mengenakan busana Melayu. Bagi lelaki mereka haruslah memakai baju melayu lengkap berserta samping dan songkok manakala perempuan mengenakan baju kurung sepanjang empat hari program berjalan.
“Dengan adanya program sebegini, ia memberi peluang kepada usahawan baru dan juga lama untuk mempromosikan produk yang dikeluarkan secara terus kepada pelanggan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program tersebut di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.
TTB2
Turut hadir Pengerusi Persatuan Industri Asas Tani Negeri Terengganu, Ahmad Azra Mohd Norawi.
Nawi berkata, selain dari memperkenalkan produk dari usahawan Terengganu, aktiviti kebudayaan turut diadakan di situ.
“Melalui Citrawarna Terengganu 2015, kita dapat menaikkan semula kesenian dan kebudayaan Melayu daripada terus tenggelam dek arus kemodenan.
“Ianya bukan sahaja memberi peluang kepada para pengusaha malah turut memberi impak kepada kerajaan negeri dari sudut pelancongan dengan menarik pelancong untuk mengenali dengan lebih dekat tentang Terengganu,” katanya.

No comments:

Post a Comment