Sunday 21 June 2015

Ayam Berkaki Unik Jadi Hidangan Mewah Di Vietnam


BAKA ayam unik yang dikenali sebagai ayam Dong Tao menjadi santapan eksklusif di kebanyakan restoran-restoran mewah di Vietnam.
Zaman dahulu kala, ayam baka ini hanya boleh dijadikan hidangan untuk kerabat diraja dan upacara keagamaan sahaja.
ayam1
ayam2
ayam3
ayam4
Ayam Dong Tao boleh mencecah berat dari tiga sehingga enam kilogram dengan kaki mereka yang selebar pergelangan tangan manusia.
Menurut kebanyakan penggemarnya, ayam ini lebih sedap isinya daripada ayam baka biasa dan disebabkan permintaan yang tinggi, harga ayam ini lebih mahal di pasaran. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment