Monday 18 May 2015

ROHINGYA, TANGISAN DI BUMI SENDIRI – Zaidi Muda


received_878457902193148
Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu, Zaidi Muda

Dlm kepantasan waktu berlalu, hari ini 29 Rejab 1436 H. Kita berada ambang Bulan Syaaban. Selepas Syaaban maka kita akan bertemu dengan Ramadhan, bulan yang penuh rahmat. Mungkin ramai antara kita yang tidak perasan dengan kehadiran bulan Syaaban ini.

Say bukanlah nak bicarakan pasal bulan, cuma menjelang Ramadhan ini saya terkenangkan nasib sahabat islam kita, suku kaum Rohingya di bumi Myanmar.

Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan):

Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.

Gerakan  pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan, penyitaan tanah, pengusiran paksa dan pemusnahan rumah, dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu.

Begitulh nasib umat islam Rohingya dibumi mereka sendiri, namun demikian kepedulian masyarakat antarabangsa terhadap mereka amat kurang. Sebahagian mereka mengambil tindakan melarikan diri dari negara mereka. Ada yang mati ditengah laut, ada juga  mampu sampai kedarat, tapi nasib mereka belum tentu sama ada hidup atau mati. Khabarnya minggu lepas lebih 1000 orang tiba di Langkawi bagi meneruskan kehidupan mereka.

Memandangkan negara kita sebagai Pengerusi Asean, saya  mencadangkan agar Malaysia mengambil perjalanan yang serius bagi menangani pelarian Rohingya. Marilah sama sama kita mendoakan agar mereka terus diberi kekuatan menjelang Ramadhan nanti. Hanya Mereka sahaja yang tahu betapa siksa dan sengsaranya bebenan yang mereka tanggung. Ujian buat mereka amat berat pada pandangan mata kita.

Bagi generasi muda , peristiwa ini sudah pastinya menjadi pengajaran yang amat bermakna. Jagalah kampung, pekan, daerah, negeri &negara tercinta ini moga generasi  masa depan hidup dalam sebuah negara yang lebih baik .

Salam perjuangan.

ZM
Presiden Majlis Belia Terengganu.

No comments:

Post a Comment