Monday 11 May 2015

Kerajaan Terengganu Serap Kos GST


mb rasmi
Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman hari ini dalam satu kenyataannya  memberitahu,kerajaan Terengganu akan menyerap semua  kos-kos cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan dibawah perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Keputusan itu telah diputuskan di dalam mesyuarat kerajaan negeri baru-baru ini yang melibatkan kos berjumlah RM1.6 juta untuk tahun 2015.
Sembilan item yang dikenakan GST oleh pihak PBT sebelum ini ,Sewaan  bangunan &Premis MBKT,Sewaan Pasar-pasar,Pajakan tanah,Pajakan pasar,Pajakan tempat letak kereta,Sewaan kemudahan sukan,Sewaan alat kelengkapan dan perhiasan,Sewaan kenderaan, mesin dan jentera dan jualan borang ,pelan dan dokumen.
Ini adalah salah satu insiatif kerajaan negeri Terengganu bagi membantu serta mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat negeri ini.
Kerajaan negeri akan memulangkan kembali kos-kos GST yang telah dibayar oleh rakyat melalui PBT masing-masing.
Terengganu adalah negeri kedua yang menyerap kos GST selepas daripada johor yang menyatakan keputusan nya baru-baru ini- kenyataan ini dibuat selepas selesai Sidang Dewan Undangan Negeri ketiga Belas ,penggal ketiga di Wisma darul Iman hari ini.

No comments:

Post a Comment