Sunday 10 May 2015

Dua Pelajar SMK Penarik Maut Dirempuh Hilux


Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Penarik maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh oleh pacuan empat roda Hilux dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu Saga dan Satria Neo di Kampung Telaga Papan, Setiu pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa yang merupakan sepupu maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
Menurut sumber kedua-dua mangsa berasal dari Merang Setiu. 3 lagi mangsa cedera.
Pemandu Hilux tidak mengalami kecederaan.



Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.





No comments:

Post a Comment