Sunday 12 April 2015

Terengganu raih 3 mata, kejutkan Perak di Ipoh


Bikana jaring gol pertama Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Perak malam tadi.
Terengganu raih 3 mata,  kejutkan Perak di Ipoh. Skuad Penyu sekali lagi membuat kebangkitan dramatik dengan menundukkan pasukan Perak 3-2 dalam perlawanan ke-7 Liga Super di Stadium Perak Ipoh malam tadi.
Apa yang unik mengenai ketiga-tiga gol Terengganu adalah dihasilkan menerusi tandukan iaitu menerusi Vincent Bikana, Ismail Faruqi dan Helmi Remeli.
Taktikal Haji Abdul Rahman Ibrahim meletakkan Abdul Manaf dan Paulo Rangel sebagai penyerang agak menjadi selepas beberapa serangan dilakukan namun gagal membuahkan hasil.
Perak juga mempertaruhkan pemain import mereka di barisan depan dan berjaya mendapatkan gol pertama menerusi Namkung Woong yang menanduk masuk hasil hantaran rakan pada minit ke 21.
Pasukan tuan rumah terus mengasak kubu Terengganu dengan rangkaian pemain tempatan dan import tetapi gagal dan keputusan 1-0 kekal hinggan berakhir babak pertama.
Bersambung babak kedua yang berlangsung dalam keadaan padang becak selepas hujan lebat turun di Bandar Ipoh.
Issey Nakajima Faran dimasukkan bagi menggantikan Ashari Samsuddin pada minit ke 61 sedikit sebanyak mengubah tempo permainan.
Usaha Terengganu memburu gol penyamaan berhasil selepas pemain pertahanan Vincent Bikana menanduk bola ke gawang Perak selepas menerima sepakan sudut dari Gustavo Lopez.
Pasukan Peteh jelas lebih menguasai permainan selepas memperoleh gol berkenaan dan Berjaya mendapat gol kedua melalui gerakan Issey yang disudahkan oleh Ismail Faruqi juga menerusi tandukan.
Walau bagaimanapun, pemain skuad Seladang Chad Souza merapatkan jurang gol pada minit 81 menewaskan Sharbinee Alawee untuk kedudukan 2-2.
Sepakan penjuru Gustavo Lopez sekali lagi Berjaya menghasilkan gol menerusi tandukan Helmi Remeli memperdaya penjaga gol Azizon Kadir.
Perak mensia-siakan peluang untuk sekurang-kurangnya mendapat keputusan seri apabila sepakan penalty gagal disempurnakan oleh Chad Souza dan keputusan akhir kekal Terengganu menang 3-2.
Selepas ini Terengganu akan bertemu Felda United di Kuala Terengganu dan kemudian akan berkunjung ke Ipoh sekali lagi untuk Suku Akhir Kedua Piala FA selepas seri 1-1 pada peringkat pertama.
- Gambar Terengganu FA Official
Barisan utama pemain Terengganu.
Kedudukan Liga Super.
Keputusan Penuh Aksi Liga Super
——————————————————–
* PDRM FA (2) vs Felda United Fc (3)
* Kelantan FA (0) vs Pahang FA (2)
* Perak FA (2) vs Terengganu FA (3)
* Lionsxii (0) vs JDT (0)
* Sarawak FA (2) vs Sime Darby Fc (1)
* ATM FA (1) vs Selangor FA (3)

No comments:

Post a Comment