Thursday 2 April 2015

Terengganu bakal bina dua taman tema air – Ahmad Razif

Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu akan membina dua buah taman tema air untuk mempelbagaikan produk pelancongan tempatan.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, taman tema air pertama dibina di Tasik Kenyir manakala sebuah lagi dirancang untuk dibina di Kuala Terengganu.
“Terengganu mahu fokus kepada pelancongan domestik dan taman tema di Kenyir dijangka akan boleh beroperasi bulan hadapan, satu lagi di Kuala Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Negeri di Wisma Darul Iman hari ini.
Beliau berkata, selain itu Terengganu juga akan lebih menekankan kepada pelancongan perubatan apabila projek pembinaan Hospital Pakar Terengganu (KTS) dan Hospital Pembelajaran Universiti Sultan Zainal Abidin siap sepenuhnya nanti.
Menurutnya beberapa pendekatan yang lebih agresif juga akan dibuat dalam mempromosi Kenyir yang akan memiliki sebuah kawasan bebas cukai pada bulan November nanti. – Bernama

No comments:

Post a Comment