Wednesday 22 April 2015

Sektor Swasta Digalakkan Sedia Perkhidmatan Rumah Bot Di Tasik Kenyir


IMG_8916
Kerajaan Negeri Terengganu menggalakkan sektor swasta untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan rumah bot di Tasik Kenyir kepada pelancong pada masa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata pihaknya juga turut bercadang untuk menyelaraskan perkhidmatan bot di tasik buatan manusia itu.
Katanya langkah yang dilaksanakan itu bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa bertandang selepas kawasan bebas cukai di Pulau Bayas memulakan operasi sepenuhnya tahun hadapan.
Mohd Jidin berkata, setelah membuat beberapa penelitian dan kajian, pihak kerajaan bersetuju untuk membuka peluang kepada sektor swasta bagi sama-sama membangunkan industri pelancongan khususnya perkhidmatan rumah bot yang dapat memenuhi citarasa dan pilihan pengujung.
Beliau juga yakin dengan penglibatan pihak swasta dalam menyediakan lebih banyak perkhidmatan rumah bot ini dapat melonjakkan ekonomi industri pelancongan di Terengganu.
Katanya perkhidmatan rumah bot di Tasik Kenyir bukanlah sesuatu yang baru namun perkhidmatan yang sedia ada itu lebih kepada kaki pancing sepanjang mereka berada di tasik itu.
Jelasnya setakat ini sebuah rumah bot mewah berkonsepkan resort iaitu Pan Dragon Marine And Cruiser milik anak Terengganu telah memulakan operasi sejak enam bulan lalu di tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan menjadi tarikan terbaru di tasik itu.
Mohd Jidin berkata pertambahan perkhidmatan rumah bot pasti dapat merancakkan lagi perkembangan industri pelancongan di Tasik Kenyir yang mempunyai 340 buah pulau itu.

No comments:

Post a Comment