Wednesday 29 April 2015

Saya tiada ada masalah dengan Hajiman – Paulo Rangel


Paulo Rangel cuba melepasi pemain PDRM Muslim Ahmad ketika perlawanan Liga Super Sabtu lalu yang berkesudahan Terengganu tewas 1-3.
Paolo Rangel semalam memberitahu bahawa tiada masalah yang timbul di antara beliau dengan Abdul Rahman Ibrahim selepas beliau kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan ketua jurulatih Terengganu itu mengeluarkannya dengan perlawanan berbaki tujuh minit lagi ketika menentang Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam.
Ketika itu Sang Penyu sudah ketinggalan dengan tiga gol awal jaringan Shahruain Abu Samah, Dramane Traore dan Ali Ashfaq. Tempat Rangel diambil Abdul Manaf Mamat.
“Saya berasa seperti masih lagi boleh menjaringkan gol jika peluang tiba di hadapan saya.”
Paulo Rangel tetap jadi sandaran Terengganu untuk memburu gol dan dalam usaha untuk mempertahankan Anugerah Penjaring Liga Super musim ini. -Gambar PBSNT
Rangel yang berjaya menjaringkan gol dalam dua perlawanan terdahulu menentang Felda United dan Perak dikawal rapi sepanjang perlawanan oleh barisan pertahanan PDRM yang turun dengan formasi 5-3-2. Namun walau di bawah kawalan yang ketat, penjaring terbanyak musim lepas itu masih lagi berjaya membuat beberapa percubaan ke arah pintu gol PDRM.
“Saya memang ingin bermain hingga ke wisel penamat, terutama ketika pasukan ketinggalan seperti di Shah Alam tetapi ianya keputusan yang dibuat oleh beliau dan saya menghormatinya. Tapi mungkin ketika itu saya dipengaruhi oleh emosi, tapi apa yang boleh saya buat, saya datang dari Brazil.”
Abdul Rahman pula memberitahu ketika ditemui bahawa keputusan untuk mengeluarkan Rangel adalah berdasarkan taktikal dan keyakinan beliau terhadap keupayaan Rangel masih lagi tinggi untuk mendatangkan impak dalam perlawanan-perlawanan akan datang. -TerengganuFA.my

No comments:

Post a Comment