Monday 6 April 2015

RISDA Terengganu Terima Peruntukan RM20.64 Juta Untuk Pembangunan Getah


Pokok_Getah
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekerja Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Terengganu hari ini menerima peruntukan sebanyak RM20.64 juta untuk tahun ini berbanding RM13 juta pada tahun lepas.
Pengarah RISDA negeri, Rusly Yaacob berkata pihaknya kini akan membangunkan semula tanah seluas 1660 hektar melibatkan kos sebanyak RM12.6 juta di bawah program pembangunan tanam semula getah tahun ini.
Rusly menyasarkan seramai 1600 peserta yang akan menyertai program tanam semula getah ini dan sehingga hari ini seramai 1200 pekebun sudah menghantar permohonan.
Pekebun kecil yang mempunyai kebun yang sudah layak bagi program tanam semula getah diminta segera membuat permohonan dengan datang ke Pejabat Risda Daerah serta stesen seluruh negeri Terengganu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Gerakan Peningkatan Produktiviti peringkat RISDA negeri Terengganu 2015 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Roslee Daud di Pejabat RISDA negeri hari ini.
Rusly turut berkata pekebun kecil juga boleh membuat permohonan secara dalam talian.
Beliau berkata dalam keadaan ekonomi dan harga getah yang tidak menentu dan rendah ketika ini, RISDA mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha meningkatkan produktiviti getah seperti pemberian insentif produktiviti getah.
Dalam pada itu, Roslee berharap semua pekebun kecil negeri Terengganu akan merebut peluang meningkatkan hasil yang secara langsung dapat menambahkan lagi pendapatan keluarga.
Beliau juga berharap pekebun kecil dapat memanfaatkan segala kemudahan dan bantuan yang diberikan pihak RISDA seperti prasarana asas pertanian bagi memudahkan kerja-kerja pengangkutan dan pemasaran hasil.

No comments:

Post a Comment