Monday 27 April 2015

Malaysia Bakal Menjadi Antara Negara Pengeksport Karang Dunia


11186355_875836682463046_139180214_n
Malaysia bakal menjadi pengeksport utama karang berdasarkan kawasan lautnya seluas 3,600 kilometer atau 1.27 peratus daripada keluasan terumbu karang dunia dengan lebih 540 spesies karang keras ditemui di perairan negara.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata eksport karang Malaysia kini masih kecil iaitu hasil dari Sabah dan Sarawak manakala Indonesia menguasai 90 peratus eksport karang dunia, diikuti Filipina dan Vietnam.
“Jabatan Perikanan Malaysia yang menjalankan kajian pasaran antarabangsa dengan menyertai pameran InterZoo di Jerman tahun lepas, mendapati minat negara luar terhadap karang Malaysia sangat tinggi.
“Hasilnya, 70 syarikat dari Eropah, Amerika Syarikat, Rusia, Jepun dan China berminat mendapatkan produk karang hiasan dari Malaysia, malah kuota eksport kita juga telah diluluskan untuk menjalankan urus niaga karang di peringkat antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pembangunan projek pembiayakan karang di Pulau Bidong, antara kerajaan negeri Terengganu, Jabatan Perikanan Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Yayasan Coral Malaysia (YCM) di sini Khamis.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hasan, Naib Canselor UMT Prof. Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar, Pegawai Kewangan negeri Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Presiden YCM Jamhariah Jaafar.
Ismail berkata kementerian itu memperuntukkan RM2.7 juta bagi menjayakan projek pembangunan pembiayakan karang di Pulau Bidong sebagai perintis kepada industri itu di Semenanjung.

Pada majlis itu, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) menyerahkan RM1 juta kepada YCM sebagai pembiayaan projek itu kepada 20 peserta projek.

No comments:

Post a Comment