Monday 30 March 2015

Nelayan Pukat Tunda Pantai Timur Diberi Peranti Penyu

DSC_3013
Kira-kira 300 nelayan Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) di pantai timur akan diberi Peranti Penyisih Penyu (TED) bagi mengelak spesies itu atau mamalia marin lain daripada terperangkap dalam pukat tunda.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Badar, Pertanian Dan Indsutri Asas Tani Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata ia akan diberikan Jabatan Perikanan secara sukarela.
“Sebanyak 284 nelayan PTMT di perairan pantai timur akan menerima TED. Ia secara keseluruhan melibatkan anggaran kos RM200,000,” katanya kepada pemberita selepas melancaran penggunaan TED ke atas PTMT di Pahang, Jumaat lalu.
Beliau turut menyampaikan TED bernilai RM500 seunit kepada enam nelayan PTMT Pahang.
Mengikut rekod Jabatan Perikanan, 97 PTMT berdaftar di Pahang, Terengganu (43 buah), Kelantan (67 buah) dan Johor (77 buah).
TED merupakan alat daripada aluminium atau galvani yang diletakkan di bahagian hadapan keroncong pukat tunda yang mempunyai ‘jendela’ untuk membolehkan penyu keluar daripada terperangkap dalam pukat.
Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan Hussain berkata, hasil kajian penggunaan TED selama tiga tahun ke atas nelayan PTMT, menunjukkan hasil tangkapan mereka lebih banyak berbanding sebelumnya.
Katanya penggunaan alat itu juga dapat menurunkan tangkapan ikan baja selain menggurangkan penggunaan diesel untuk bot.
“Ia berikutan penggunaan TED akan menjadikan hasil tangkapan lebilh bersih dan berkualiti disebabkan dapat mengurangkan bebanan bot seperti sampah, kotoran masuk ke bahagian keroncong pukat, manakala objek besar akan terkeluar dari pukat semasa menunda,” katanya.

No comments:

Post a Comment