Wednesday 11 March 2015

Deme… Kenal Dok Sape MB Ganu?

AHMAD-RAZIF
Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, 50 tahun yang merupakan Menteri Besar Terengganu yang ke-14. Beliau mula dilantik menjadi menteri besar Terengganu pada 12 Mei 2014. Beliau merupakan anak jati dari Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Beliau memilih pasangan hidup dengan seorang Wanita yang bernama Yang Amat Berbahagia To’ Puan Hajjah Halina Binti Zakaria dan dikurniakan empat orang cahaya mata antaranya Syahrul Azri bin Ahmad Razif ,Nur Aziati binti Ahmad Razif, Nur Adila binti Ahmad Razif  & Syahrul Imran bin Ahmad Razif.
Ahmad Razif berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Bimbingan & Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia. Beliau pernah menjadi pensyarah dan motivator Kementerian Pendidikan Terengganu pada tahun 1992, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan pada tahun 2002, Pensyarah Institut Perguruan Dato ‘Razali Ismail  pada tahun 2007, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu pada tahun 2008 dan kini Menjadi Menteri besar Terengganu sehingga kini.
Selain itu, Beliau pernah mendapat Anugerah Guru Pelatih Terbaik Dalam Bidang Latihan Mengajar pada tahun 1990, Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1995, Anugerah Pemimpin Harapan MAYC Negeri Terengganu pada tahun 2002 dan Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2004.
Beliau seorang yang aktif dan telah menyertai banyak kursus,bengkel dan seminar antaranya seperti  Fasilitator, ‘Kursus Gerak Khas III GPMS & JK Kerja Keselamatan Negeri , 25-29 Februari 1992, Kuala Terengganu, Ahli ‘Kursus Asas Kaunseling, Agensi Dadah Kebangsaan Negeri Terengganu , 15 Mac 1997, Kuala Terengganu, Fasilitator ‘ Kursus Peningkatan Profesionallisme Fasilitator (Asas), Biro Tatanegara Malaysia’, 20-23 September 2002, Beringgis Beach Resort, Sabah, Fasilitator ‘Training Of Trainer, Biro Tatanegara Malaysia’, 19-22 Mac 2003, Damai Beach Resort, Besut, Terenggannu, Ahli Jawatankuasa ‘ Seminar Informasi Pendidikan Kerjaya dan Pameran Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2003, Kementerian Pendidikan Malaysia’, 26-30 Julai 2003, Kolej Latihan Telekom Kawasan Timur, Marang, Terengganu dan banyak lagi.
Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Seberang Takir,Kuala Terengganu. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dengan undian sebanyak 6,440 undi mengalahkan calon Parti Pakatan Rakyat (PKR) iaitu Muzafeq Assyulzaifuzan Muhammad dengan undian sebanyak 4,010 dan majoriti sebanyak 2,430 undi.
Pada tahun 2013 sekali lagi mewakili BN di kawasan yang sama dan menang bertanding dalam dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan undian sebanyak 7,731 undi mengalahkan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) iaitu Zakaria Dagang dengan undian sebanyak 6,221 dan majoriti sebanyak 1,510 undi.
Berdasarkan pengalaman yang diperolehi membolehkan beliau memahami dengan tepat corak birokrasi dalam kerajaan dan berbekalkan semangat berani berubah untuk melebarkan gagasan “ Transformasi Terengganu Baharu”, banyak pembaharuan sedang dilakukan dalam berusaha memenuhi hajat dan permintaan rakyat.
“TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU”

#SuteraKaseh

No comments:

Post a Comment