
Gambar kenangan Roslan dan Mimi Suhartini bersama empat anaknya iaitu Nur Dina Qistina (kanan), Muhammad Zaquan Danish (hadapan kanan), Muhammad Zarfan Danial (kiri) dan Muhammad Rizqi Darwish (berdukung) yang dirakamkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
KOTA BHARU 14 Feb. – Seorang lagi mangsa kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di Kampung Telong, Bachok dekat sini ketika pulang menziarahi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meninggal dunia hari ini.
Mohamad Zakuan Danish Roslan, 6, yang sebelum ini kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira pukul 10 pagi.
Kemalangan pada petang semalam telah meragut nyawa ibu bapanya, Mimi Suhartini Abdul Ghani dan Roslan Mamat serta adik bongsunya, Nur Airish Alisya yang berusia tiga bulan.
Keempat-empat mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pak Madah,Marang, Terengganu hari ini.
Jenazah Roslan Mamat, Mimi Suhartini Abdul Ghani dan Nur Airish Aliysa dikebumikan pada pukul 8 pagi dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengimamkan solat jenazah.
Jenazah Mohamad Zakuan yang tiba dari Kota Bharu dikebumikan di tanah perkuburan yang sama pada pukul 6 petang.
Bapa saudara mangsa, Abdul Hadi Ishak, 32, berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian Mohammad Zakuan ketika berada di upacara pengebumian tiga beranak tersebut di Tanah Perkuburan Islam Pak Madah, Bukit Payong, Marang, Terengganu.
KEADAAN kenderaan yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di bertembung di Jalan Melawi-Tok Bali, Kampung Telong Jumaat lalu.


Akhbar hari ini melaporkan tiga beranak termasuk seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Melawi-Tok Bali, berhampiran Kampung Telong, Bachok semalam.
Kemalangan itu juga menyebabkan tiga anak pasangan tersebut Nur Dina Qistina, 12; Mohammad Zarfan Daniel, 10; Mohammad Zakuan Danish dan Mohammad Rizqi Darwish, 3, kritikal serta dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
– Utusan
No comments:
Post a Comment