Thursday 26 February 2015

Pelajar kolej ditemui mati berlumuran darah dalam tandas

Sairah Fitri Tifanus ditemui mati dalam tandas di tandas Bangunan Pejabat Daerah Keningau, Sabah .
PERSOALAN tentang penemuan sekujur jasad berlumuran darah di dalam tandas Bangunan Pejabat Daerah Keningau, Sabah dua hari lalu terjawab apabila pihak berkuasa mengesahkan bahawa individu tersebut mati dibunuh.
Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superitendan Douglas Nyeging Taong, hasil bedah siasat terhadap mayat Sairah Fitri Tifanus, 20, menemui dua kesan tikaman di bahagian dada.

Memetik kenyataan beliau menerusi Harian Metro, “Terdapat kesan tusukan benda tajam sedalam lima sentimeter selain kesan koyak pada baju mangsa.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa masih berpakaian lengkap dan tiada kesan pergelutan di sekitar tempat kejadian.”
Dalam pada itu, hasil autopsi yang dijalankan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu turut menemui kesam lebam di beberapa bahagian muka dan tubuh gadis tersebut, berkemungkinan hasil hentakan pada objek tumpul.
Lantas itu, menurut Douglas, pihak polis sudah melancarkan gerakan memburu suspek yang disyaki terlibat dengan kematian Sairah.
“Setakat ini belum ada sebarang tangkapan, namun polis mempergiatkan usaha menjejaki suspek dan mengenalpasti motif pembunuhan.
“Kita juga sudah menjalankan siasatan rapi termasuk mendapatkan keterangan rakan karib mangsa serta ahli keluarga terdekat bagi membantu siasatan.”
Semalam, Sairah Fitri, pelajar sebuah kolej swasta di Petaling Jaya yang sedang menjalani latihan industri di Unit Perlesenan Pejabat Daerah Keningau ditemui mati terbaring dan berlumuran darah di tandas pada jam 8.30 pagi.
Menurut sumber, gadis itu memulakan tugas seperti biasa kira-kira jam 8 pagi sebelum pergi ke tandas bersendirian tidak lama selepas itu.
– MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment