Monday 23 February 2015

Awas… Sindiket Penipuan Kemasukan Pelajar Ke IPTA!

Surat penipuan tawaran IPTA.
Nampaknya, ada saja cara yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan termasuklah dengan cara menipu pelajar lepasan sekolah.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, wujud satu sindiket penipuan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Modus operandinya ialah dengan menghantar surat kepada pelajar untuk menghadiri temuduga yang diadakan di lokasi tertentu dan membawa sejumlah wang sebagai yuran sekiranya berjaya dalam sesi tersebut.
Menurut pihak BPKP, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menguruskan sesi temuduga dan pengambilan pelajar ke IPTA untuk sesi akademik 2015/2016.
Awas... Sindiket Penipuan Kemasukan Pelajar Ke IPTA!
Pada hemat kami, sindiket ini mungkin akan memberitahu mangsa bahawa mereka berjaya dalam temuduga tersebut sekaligus mengaut keuntungan melalui ‘yuran’ yang telah siap dibawa sewaktu sesi tersebut.
Justeru, diharap hebahan ini dapat mengelakkan lebih ramai yang tertipu dengan sindiket ini di masa akan datang. – MYNEWSHUB.

No comments:

Post a Comment