Wednesday 17 December 2014

Zul Huzaimy, Erna Selamat Bertunang



Pelakon Zul Huzaimy selamat mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Misz Erna pada Isnin.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Zul Huzaimy melalui laman Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik foto beserta kapsyen yang berbunyi:

“Alhamdulillah selesai sempurna semuanya. #majlis #tunang aku #zulhuzaimy dan dirinya yang tersayang @miszerna.

"Terima kasih mak merestui diriku. Joy sayang mak. Terima kasih puteraku Awal Haziq yang sangat gembira bila diriku sudah berpunya..." tulisnya.

Malah keluarga dan juga satu-satunya anak lelaki aktor itu juga merestui pertunangan mereka.

Terdahulu Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak.

Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Zul dan pasangan.










No comments:

Post a Comment