Tuesday 16 December 2014

Pembantu Rumah Suap Najis Dalam Mulut Bayi 2 Tahun.

PETALING JAYA – Perbuatan keji seorang pembantu rumah Indonesia memberi makan najis kepada kanak-kanak berusia dua tahun terbongkar apabila nenek kanak-kanak tersebut mengesan bau busuk didalam rumah datang dari mulut kanak-kanak tersebut.
Nenek kepada kanak-kanak berkenaan yang juga seorang ahli perniagaan merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila tiba di kediaman rumah dua tingkat di USJ kira-kira jam 8 malam pada Khamis lepas.
baby eatingAlangkah terkejutnya dia apabila mendapati bau busuk dari mulut cucunya merupakan najis yang dipercayai disuap oleh pembantu rumah yang berasal dari Indonesia.
Superintendan Tan Ah Chua berkata nenek kepada kanak-kanak terbabit mendapati terdapat cebisan najis berada diantara gigi kanak-kanak malang itu.
Setelah disoal mengenai cebisan najis tersebut, kanak-kanak itu mengatakan bahawa pengasuhnya telah memberi makan najis.
“Kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa dia telah diberi makan najis di dalam tandas di tingkat atas,” ujar Timbalan Ketua Polis Subang Jaya itu lagi.
Selain itu, nenek kepada kanak-kanak itu juga menyatakan cucunya turut termuntah sesuatu yang berbau busuk dipercayai najis.
Pembantu rumah warga Indonesia tersebut sudah berkhidmat selama tiga bulan untuk keluarga berkenaan dan telah ditahan untuk disoal siasat.

No comments:

Post a Comment