Wednesday 17 December 2014

PELAJAR UM BAKAR PATUNG TIMBALAN CANSELOR

     patung VC UM
Kerana kecewa, pelajar hari ini bertindak membakar patung Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Rohana Yusof selepas beliau gagal memberi respons terhadap tuntutan mereka supaya tuduhan terhadap “UM8″ digugurkan.
Menurut Presiden Persatuan Pelajar Islam (PMI), Khairul Najib, pelajar juga membawa plakad, yang antara lain berbunyi, ‘See you in court’.
Beliau memberi amaran jika pihak universiti tidak menggugurkan tuduhan tersebut, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.
Kumpulan pelajar itu berkhemah di hadapan pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar universiti itu dan kemudian berpindah ke bangunan Canselori apabila mendapat tahu yang Rohana (kiri) kini di Johor.
Pelajar itu juga menampal plakad pada tingkap bangunan itu, tetapi ia kemudiannya dibuang oleh pengawal keselamatan.
Bagi pihak pentadbiran, Timbalan VC (Akademik dan Antarabangsa), Mohd Hamdi Abd Shukor, keluar menerima memorandum daripada pelajar.
Naib Canselor UM, Mohd Amin Jalaludin akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pelajar Universiti Malaya jam 8 malam ini untuk “membincangkan tentang UM8″, kata Khairul Najib ketika dihubungi Malaysiakini. - SuaraTV

No comments:

Post a Comment