Sunday 7 December 2014

Lelaki patah kaki diserang dan disamun mat rempit

                 
                 ANGGOTA JPAM memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.
KUALA LUMPUR 7 Dis – Seorang penunggang motosikal diserang sekumpulan mat rempit sehingga menyebabkan mangsa patah kaki  dalam kejadian samun di Lebuhraya Besraya menuju Balakong di sini, awal pagi semalam.
Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 37 tahun dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Cheras, sebelum secara tiba-tiba dirempuh daripada belakang oleh sekumpulan lima lelaki yang menunggang motosikal.
“Sekumpulan mat rempit terbabit dipercayai baru saja melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan anggota polis di beberapa kawasan di lebuh raya berkenaan sebelum merempuh lelaki malang itu.
“Ekoran dirempuh daripada belakang, mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh. Bagaimanapun sangkaan mangsa melihat kumpulan lelaki terbabit berhenti bagi membantunya ternyata meleset apabila mangsa disamun yang mengakibatkan dia kerugian RM500.
“Semua suspek segera beredar sebaik melarikan wang mangsa tanpa membantunya. Mangsa kemudian berjaya dibantu oleh orang awam yang kebetulan melalui lokasi kejadian sebelum menghubungi ambulans,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

No comments:

Post a Comment