Wednesday, 3 December 2014

Kes toreh muka: Suspek disyaki orang dikenali

                                             
Mangsa Nur Syafiqa kini dirawat di hospital.
Kota Bharu: “Mungkin orang dekat-dekat sini yang buat kerana ketika kejadian, memang emak dan dua adik saja di rumah. Tiada orang lain,” kata anak perempuan mangsa samun, Hat Tema Mat Zin, 58, yang enggan dikenali ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, kediaman Hat Tema di Wakaf Berangan, Pasir Puteh dipecah masuk dua lelaki memakai topi keledar dengan penutup muka. Turut berada dalam rumah ketika itu ialah dua anaknya, Nur Shafiqa Lah, 22, dan Nur Shafatini, 18.

Hat Tema cedera di dahi dan bengkak di muka manakala Nur Shafiqa ditumbuk di bawah mata dan pipi kirinya ditoreh dengan pisau oleh seorang suspek yang dipercayai cuba memperkosanya.

Mereka dirawat di Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh sebelum dirujuk ke HUSM.
Bagaimanapun, Nur Shafatini tidak cedera kerana sempat menyembunyikan diri.
Kejadian berlaku di Pasir Puteh Kelantan.
Menurut anak Hat Tema berusia 30-an itu, mereka sekeluarga bersyukur kerana mangsa selamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Alhamdulillah, emak dan adik selamat. Kami bersyukur, apatah lagi ketika kejadian berlaku tiada ahli keluarga lain di rumah.

“Saya sendiri hanya mengetahui kejadian itu sebaik dimaklumkan seorang adik perempuan dan terus ke HTA. Kejadian ini sungguh tidak disangka,” katanya. - hmetro


No comments:

Post a Comment