Thursday 18 December 2014

Kerajaan terus jaga kebajikan golongan nelayan

                                   
Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri ketika di Majlis Penyampaian Bantuan Nelayan dan Persatuan Penambang di Pusat Penyelaras Dun Seberang Takir pagi ini.
Kerajaan negeri terus menjaga kebajikan para nelayan dan persatuan penambang apabila menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada mereka.
Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan terus membela kebajikan rakyat dan berharap rakyat menggunakan bantuan itu dengan sebaik mungkin untuk perkara berfaedah.
Beliau berkata demikian ketika di Majlis Penyampaian Bantuan Nelayan dan Persatuan Penambang Dun Seberang Takir di Pusat Penyelaras Dun Seberang Takir pagi ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Datuk Aziz Bahaman.
Seramai 380 penerima bantuan 380 penerima bantuan ini yang terdiri daripada nelayan dan ahli Persatuan Penambang.



“Kita berharap para nelayan menggunakan bantuan ini untuk keperluan keluarga terutamanya menjelang penggal baru persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi seperti membeli pakaian sekolah untuk anak-anak.

Sementara itu dalam majlis itu juga Ahmad Razif diberi penerangan oleh pemaju tentang Jambatan Angkat (drawbridge) yang akan dibina untuk menghubungkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus iaitu di Seberang Takir.
Dengan adanya jambatan ini ia akan memudahkan rakyat pergi ke Kuala Terengganu dengan lebih dekat tanpa melalui Jambatan Sultan Mahmud.
Ahmad Razif turut memgumumkan projek pembangunan untuk golongan nelayan yang dikenali sebagai Sea-Felda dengan mengguna pakai konsep seperti Felda yang diwujudkan untuk peneroka pertanian.
Kerajaan Terengganu mahu menggunakan pendekatan Felda itu untuk meningkatkan taraf hidup nelayan agar lebih berjaya dan menjamin masa depan yang dilaksanakan di persisiran pantai.

No comments:

Post a Comment