Sunday 7 December 2014

Kejam..!!.Wanita Mengandung Ini Dibunuh Dan Di Belah Perutnya

                      

MILWAUKEE, Amerika Syarikat – Sebuah mahkamah menetapkan wang jaminan
sebanyak AS$1 juta (RM3.13 juta) ke atas seorang wanita, Annette
Morales-Rodriguez yang berpura-pura mengandung sebelum menyerang dan
membunuh seorang ibu yang sarat mengandung dengan menggunakan kayu
pemukul besbol dan membelah perut mangsa dengan pisau untuk mengeluarkan
bayinya.

Wanita yang mati itu, Maritza Ramirez-Cruz dan bayi yang dijangka
dilahirkan pada minggu hadapan, mati dalam kejadian tersebut, menurut
dokumen mahkamah yang difailkan kelmarin.

Morales-Rodriguez, 33, menghadapi tuduhan membunuh dengan sengaja tahap
pertama dengan menggunakan senjata serta membunuh janin dengan
menggunakan senjata.

Morales-Rodriguez yang hadir ke mahkamah, berhadapan hukuman mandatori 
penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
“Saya tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya,” kata Maria Garcia, 44, 
yang tinggal berjiran dengannya.
Menurut laporan siasatan, Morales-Rodriguez memberitahu teman lelakinya 
mahu mempunyai anak tetapi dia tidak mengandung.
Wanita itu kemudian berpura-pura hamil dan apabila jangkaan kelahiran 
palsunya semakin dekat dia mencari wanita hamil.
Morales-Rodriguez kemudian mencari wanita yang hamil dan menemui 
Ramirez-Cruz di sebuah pusat perlindungan.
Dia kemudian menawarkan Ramirez-Cruz menaiki keretanya dan berhenti di
rumahnya dengan alasan untuk menukar kasut pada Khamis lalu.

Morales-Rodriguez kemudian bertindak membunuh Ramirez Cruz dengan kayu
besbol sebelum membelah perutnya dengan tujuan untuk mengambil bayinya
untuk dijadikan anaknya.

SUMBER: KOSMO

No comments:

Post a Comment