Tuesday 9 December 2014

Bekas CEO Kontena Nasional didakwa pecah amanah RM9.9 juta

SHAH ALAM: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kontena Nasional Berhad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini semalam atas tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan dana syarikat berjumlah RM9.9 juta.
Hood Osman, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Hood didakwa melakukan pecah amanah ke atas dana syarikat melalui lapan keping cek dan dua pindahan telegrafi (online transfer) kepada syarikat Artisan Jaya Logistics di pejabat Kontena Nasional, Batu 9, Jalan Klang Lama, Seri Setia, Petaling Jaya dekat sini, antara 24 Mac 2011 hingga 24 Ogos 2012.
Di mahkamah sama, pemilik syarikat Artisan Jaya Logistics, Abdul Jalil Md Tahir, 48, turut mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Hood.
Hood Osman - Muhammad Sulaiman

No comments:

Post a Comment