Sunday, 28 December 2014

Bantuan EHSAN Banjir RM 1000

                 Anak Ke Enam Pasangan Arwah Norhayati Sulong dan Suhaimi Awang, Berusia 4 Bulan
        Anak Ke Enam Pasangan Arwah Norhayati Sulong dan Suhaimi Awang, Berusia 4 Bulan
Setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu akan menerima bantuan wang ehsan RM1,000, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata sebanyak RM500 akan disalurkan kerajaan negeri manakala sebahagian lagi oleh kerajaan pusat menerusi Majlis Keselamatan Negara.
“Namun mereka yang terjejas dalam banjir gelombang pertama tidak lagi akan menerimanya sekiranya turut terbabit dalam banjir gelombang kedua dan seterusnya.
“Bagaimanapun kerajaan akan terus menghulurkan bantuan lain berupa barangan keperluan termasuk makanan,” katanya.
Beliau mengiringi Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhamad Ismail Sultan Mizan yang menyerahkan bantuan kepada 586 keluarga mangsa banjir di Taman Desa dan Taman Desa Darul Iman di Gong Badak.
Berangkat sama adinda baginda, Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra yang turut diserta isteri Menteri Besar, Toh Puan Halina Zakaria dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusoff.
Ahmad Razif berkata Terengganu bakal menerima sebahagian daripada peruntukan tambahan daripada kerajaan pusat berjumlah RM50 juta seperti yang diumumkan sebelum ini dan akan menyalurkannya kepada rakyat secara berperingkat.
Kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan wang ehsan kepada 380 keluarga sekitar Teluk Ketapang yang terbabit dengan banjir gelombang pertama.
Selepas dari pada itu Yab Menteri Besar bergerak ke Kemaman bagi meninjau mangsa banjir serta menziarahi mangsa korban banjir di Kemaman iaitu aryarham Cikgu Norhayati Sulong dan pasangan Suhaimi Awang.
Beliau sempat bertemu dengan 6 orang anak mangsa dan keenam-enamnya menjadi anak angkat kepada Menteri Besar Terengganu itu.
Terengganu kini menampung lebih 35,000 mangsa banjir.
— BERNAMA

No comments:

Post a Comment