Sunday, 7 December 2014

95 % pekerja Petronas adlah rakyat Malaysia


Peserta Program Pandu Ria Kelab Wartawan Terengganu (Kawat)-Petronas 2014 anjuran Petronas Wilayah Pantai Timur.
KEMAMAN – Petronas yang beroperasi di Terengganu sejak 1981, kini mempunyai kira-kira 6,000 tenaga kerja dengan 95 peratus rakyat Malaysia, kata Pengurus Besar Petronas, Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah.
Daripada jumlah itu, beliau berkata, lebih 40 peratus adalah anak Terengganu dan ia membuktikan Petronas tidak pernah mengabaikan hak anak tempatan mendapat peluang pekerjaan di syarikat minyak nasional itu.
“Petronas sentiasa komited membantu anak-anak tempatan khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Program Pandu Ria Kelab Wartawan Terengganu (Kawat)-Petronas 2014 anjuran Petronas Wilayah Pantai Timur, di sini hari ini.
Pengurus Besar Petronas, Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah.
Beliau berkata Petronas juga tidak pernah meminggirkan masyarakat setempat dengan mengadakan program bersama komuniti termasuk mengambil lebih 20 sekolah sebagai sekolah angkat syarikat itu di bawah Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP).
Katanya pelaksanaan program berkenaan adalah bagi memastikan pelajar di kawasan Petronas beroperasi itu tidak tercicir, selain Program Sentuhan Harapan yang diwujudkan bagi membantu masyarakat kurang berkemampuan di Pantai Timur. – Bernama

No comments:

Post a Comment