Tuesday, 23 December 2014

(31 GAMBAR) Banjir sekitar bandar di Terengganu selepas fenomena air pasang



Pasar Payang dinaiki air.
KUALA TERENGGANU: Beberapa kawasan rendah di sekitar Bandaraya Terengganu ditenggelami air setinggi setengah meter sekitar jam 10 malam tadi berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat.
Antara kawasan terjejas ialah Bazar Warisan, Pasar Payang, Waterfornt, Pulau Warisan, Pulau Kambing dan Batu Buruk.
Seorang peniaga di Pasar Payang, Abu Bakar Abdul Hamid, 55, berkata air mula naik pukul 9 malam dan dia sempat memindahkan barang niaganya ke tempat tinggi.
“Ini kali kedua Pasar Payang dinaiki air sejak 20 tahun saya berniaga di sini dan air naik secara mendadak,” katanya kepada Bernama.
Seorang lagi peniaga Noraini Abdullah, 52, berkata dia juga sempat menyelamatkan beberapa barang niaganya setelah menyedari air semakin melimpah naik ke jalan sekitar pasar itu.
“Sudah lama kawasan ini tidak banjir dan malam ini tidak dijangka air akan naik setinggi ini,” katanya.
Turut terjejas banjir ialah kawasan perumahan sekitar Seberang Takir dan beberapa kampung di Pulau Duyong.
Orang ramai turut memindahkan kenderaan mereka di sepanjang Jambatan Sultan Mahamud di sini.
– BERNAMA
Selain itu bandar-bandar lain turut mengalami situasi yang sama seperti di Besut, Dungun, Marang, Kemaman dan Kuala Nerus.
Masjid Losong.
Kampung Losong Haji Su.
Losong.
Stesen Bas Dungun.
PENIAGA di Pasar Besar Kedai Payang menutup perniagaan mereka selepas dilimpahi air laut akibat fenomena air pasang besar di sini, malam tadi. – Foto BERNAMA
Rusila Marang.
Air naik sekitar Masjid Kristal.
Lokasi Kuala Besut.
Jambatan di Kuala Besut.
Pulau Warisan.
Pasar Payang.
Masjid Terapung Kuala Ibai.
Masjid Kubang Ikan ,Chendering.
A&W Pantai Batu Buruk.
Pantai Batu Buruk.
Dataran Shah bandar Kuala Terengganu.
Geliga Kemaman.
Jambatan Tepoh Kuala Nerus.
Pulau Duyong.
Kampung Batin.
Paka.

No comments:

Post a Comment