Tuesday 4 November 2014

Rafiqin Hilang: Sekayu kembali ‘makan’ orang!

Pak Teh membaca doa sebelum naik ke Gunung Gajah Terom
Pak Teh membaca doa sebelum naik ke Gunung Gajah Terom

Peristiwa kehilangan Adik Ahmad Rafiqin Azman yang sudah masuk hari keempat terus hangat diperkatakan di media arus perdana dan media sosial.

Banyak perkara yang kurang di ‘highlight’ iaitu kehilangan Adik rafiqin ini merupakan kejadian terbaru selepas sepuluh tahun.
“Kawasan ini sudah lama tidak makan ‘orang’ hampir sepuluh tahun,” kata Jusoh Ismail, orang lama di Kg. Sekayu.
Beliau merupakan antara orang pertama yang membina trek di Gunung Gajah Terom berkenaan agak terkilan apabila lambat dimaklumkan berkenaan kehilangan Adik Rafiqin.
Beliau yang juga Pengerusi JKKK dan Imam di Masjid Kg. Sekayu turut sama menyertai operasi mencari dan menyelamat semalam memaklumkan akan memberi apa jua bantuan dalam membantu operasi  yang sedang dijalankan oleh pihak berwajib.

No comments:

Post a Comment