Monday 3 November 2014

Parang Tusuk Kepala

Ngeri tengok gambar kepala lelaki ini yang tertusuk ‘parang terbang’. Menurut sumber berita, kejadian berkenaan berlaku pada jam 8 pagi apabila Mohd Ridhuan, 20, dari Kampung Labu, Jerantut, menebas semak bersama rakannya di kawasan berhampiran di ladang FELCRA.



Namun, secara tiba-tiba, hulu parang rakannya tercabut lalu bilahnya ‘terbang’ dan tertusuk hampir lima sentimeter dalam di kepala Mohd Ridhuan menyebabkannya rebah serta terbaring kesakitan...

Menurut bapa kepada mangsa iaitu Mat Tohor, ketika kejadian dia menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya ke kawasan ladang berhampiran sebelum terserempak dengan mangsa yang membonceng motosikal rakannya...

“Seram apabila saya melihat dia memegang parang yang tertusuk di mukanya sambil membonceng motosikal untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sejauh lebih dua kilometer. Dalam keadaan kesakitan itu, Mohd Ridhuan sempat memanggil saya untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sambil memegang parang sepanjang 30 sentimeter yang melekat di kepalanya,” kata Mat Tohor Ahmad, 43..



No comments:

Post a Comment