Tuesday 18 November 2014

Maydin Gong Badak akan dibuka pada 21 November ini.

MYDIN

Mydin melebarkan sayap operasinya di Terengganu dengan membuka satu lagi cawangannya di Gong Badak pada 21 November ini.
Mydin dalam satu kenyataan berkata, pembukaan kompleks baharu yang melibatkan pelaburan berjumlah RM100 juta itu adalah berikutan kejayaan dan sambutan luar biasa yang diterima di Kuala Terengganu sehingga membolehkan cawangan tersebut meraih jualan tertinggi dalam kalangan rangkaian pasar raya Mydin di seluruh negara.
“Kekuatan Mydin adalah di Pantai Timur terutama cawangan Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Justeru, pembukaan ini diharap dapat merancakkan lagi prestasi jualan syarikat.
“Kompleks Mydin di Gong Badak ini sekali ganda lebih besar daripada cawangan pertama dan mempunyai keluasan kira-kira 400,000 kaki persegi serta 180 lot kedai,” katanya.
Ketika ini, kesemua lot kedai di kompleks itu sudah berjaya disewakan dan pihaknya juga menyediakan kuota sebanyak 70 peratus kepada peniaga anak negeri Terengganu yang menjadi keutamaan Mydin di cawangan baharu tersebut.
Selain itu, beliau berkata Mydin Gong Badak mempunyai 805 tempat meletak kenderaan dengan 670 parkir bertutup manakala selebihnya parkir terbuka bagi pelanggan yang berkunjung ke kompleks itu.

No comments:

Post a Comment