Wednesday 12 November 2014

Landskap Politik Marang Bakal Berubah

                               1454587_904524269560085_8170991964251274655_n

Sebagai satu-satunya wakil tunggal Adun yang berjaya memenangi kerusi di parlimen Marang, iaitu di dun Pengkalan Berangan, YB A.Latiff Awang merupakan wakil rakyat dan ahli politik di negeri Terengganu yang meletakkan diri sebagai orang yang bertanggungjawab untuk merampas kembali kerusi yang terlepas dari tangan dan memastikan kemenangan Barisan Nasional di semua dun pada PRU 14 nanti.


Selepas menunjukkan prestasi yang terbaik pada PRU 13 yang lepas dengan majoriti 1848 undi menewaskan calon PAS, YB Latiff dilantik sebagai ketua UMNO bahagian Marang dan seterusnya diangkat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tranformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri untuk sama-sama berganding bahu dengan Menteri Besar , YAB Dato Ahmad Razif Abdul Rahman dan barisan exco yang lain dalam mencurah idea dan tenaga untuk memastikan gerak kerja kerajaan sentiasa selari dengan keperluan dan keinginan rakyat Terengganu.

Sementelah dilantik sebagai ketua bahagian UMNO bahagian Marang, YB bertanggungjawab dalam menerajui dan memimpin barisan jentera politik Marang untuk menuju kemenangan pada PRU 14 terutamanya kerusi parlimen yang pernah dimenangi oleh BN pada tahun 2004.

Dalam pada itu, YB Latiff ada menegaskan untuk mengambil kembali kerusi Alur Limbat yang dulunya merupakan kubu UMNO dan begitu juga dengan dun Bukit Payung.

Bagi dun Rhu Rendang, walaupun peluang untuk memenangi kerusi adalah tipis, namun jentera UMNO Marang akan tetap berusaha untuk meraih undi yang terbaik bagi mengubah landskap politik dun tersebut seterusnya membantu dalam meningkatkan undi BN di peringkat parlimen.

Menurut beliau juga, dengan kerja buat dan pencapaian yang diperolehi setakat ini, tidak mustahil, rakyat akan mengubah pandangan dan beralih kepada BN untuk pilihan raya akan datang.

Sebagai ketua bahagian, beliau mempunyai peranan yang sangat besar dalam mengajak dan membawa rakan-rakan seperjuangan termasuk la mereka yang berada di peringkat pengurusan, pentadbiran dan juga cawangan untuk bekerja ke arah kepentingan rakyat dan seterusnya mencapai kemenangan.

Menegaskan bahawa beliau menggunakan pendekatan yang berbeza daripada pemimpin yang dahulu, gerak kerja politik mesti diperkasakan dari peringkat akar umbi lagi dan tiada lagi istilah hanya jentera bawahan yang membuat kerja tanpa penglibatan pemimpin atasan.

Dengan berlandaskan ‘trademark’ Marang Beridentiti dan Berinformasi, ianya sangat sejajar dengan konsep Transformasi Terengganu Baharu yang dilaksanakan oleh Menteri Besar dalam usaha untuk mentransformasikan Terengganu ke arah yang lebih baik.


No comments:

Post a Comment