Thursday 6 November 2014

Helmi Remeli kembali wakili Terengganu 2015

Helmi Remeli kembali sarung jersi Terengganu musim Liga Malaysia 2015.




SELEPAS dua tahun menabur khidmat bersama pasukan berstatus kelab, PKNS, Mohd Helmi Remeli akhirnya mencari angin baharu dengan memilih Terengganu bagi saingan musim 2015.
Jelasnya, mendapat tawaran menyertai Terengganu merupakan khabar gembira buat dirinya memandangkan sebelum ini sentiasa berjauhan dengan keluarga.
“Sudah lama saya hidup berkelana mencari rezeki dengan permainan bola sepak memandangkan keluarganya berada di Terengganu.
“Peluang ini rahmat buat saya untuk lebih dekat dengan keluarga serta kehadiran cahaya mata kedua membuka pintu bersama keluarga,” katanya yang tamat kontrak dengan majikannya, PKNS hujung bulan ini.
Helmi mengikat kontrak setahun bersama Terengganu percaya kemampuan dimiliki bekas sifunya, Abdul Rahman Ibrahim mampu membawa pasukan lebih jauh.
“Jurulatih (Abdul Rahman) bukanlah asing bagi saya kerana sebelum ini pernah bersama dalam PKNS. Corak permainan dan kemampuan saya sudah sebati dalam pemikirannya.
“Kesudian jurulatih menerima saya amatlah dihargai dan akan dibalas dengan persembahan berkualiti bagi memastikan kejayaan pasukan,” katanya yang turut mengucapkan penghargaan buat majikan lamanya di atas sokongan serta kepercayaan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment