Thursday 30 October 2014

Rapid Cruise Dari TTI Ke Pasar Payang

Masjid-Kristal

Taman Tamadun Islam (TTI) akan menyediakan perkhidmatan Rapid Cruise kepada pelancong untuk ke Pasar Payang dengan menggunakan laluan air.

Pengarah Urusannya Wan Adnan Wan Abdul Rahaman berkata pihaknya menjangka dapat memulakan perkhidmatan itu pada awal tahun depan selepas mempunyai jeti khas untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
Katanya perkhidmatan rapid cruise ini akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang pada setiap 30 minit.
Pasar Payang adalah destinasi utama para pelancong ke Terengganu.
Ini adalah satu lagi tarikan baru di TTI. Inisiatif ini selari dengan kehendak kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.
Jika mereka menggunakan jalan darat mungkin memakan masa yang lama dengan kesesakan lalu lintas serta merugikan masa kerana untuk mencari tempat meletakkan kenderaan,

No comments:

Post a Comment