Thursday 23 October 2014

Pengantin baru jadi janda di malam pertama selepas menerima kad memori daripada kekasih lama


Seorang pengantin lelaki menceraikan isterinya pada malam pertama selepas menerima gambar intim wanita berkenaan daripada bekas kekasihnya.

Pasangan itu meraikan majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel apabila pengantin lelaki itu diberi bunga dan sampul yang mengandungi kad memori disamping nota yang menggesanya melihat gambar isterinya dalam kad itu.


Oleh kerana terkejut selepas melihat gambar itu, pengantin lelaki mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya ketika itu juga, lapor akhbar Sabq, memetik cerita seorang pendakwah Shaikh Ghazi Bin Abdul Aziz Al Shammari.

Menurut laporan itu, pengantin perempuan dihubungi bekas kekasihnya empat hari sebelum majlis perkhawinannya.

Bekas kekasih wanita itu memaksa mereka bertemu malah mengancam mendedahkan hubungan mereka kepada bakal suaminya jika dia enggan berbuat demikian.

Wanita itu memberitahu bekas kekasihnya agar melupakan hubungan mereka kerana dia mahu membina keluarga baru bersama suaminya.

Rayuan wanita itu tidak diendahkan malah bekas kekasihnya tidak berpuas hati dan bertindak menghantar bunga bersama gambar pengantin perempuan yang mengakibatkan dia dicerai - Agensi


No comments:

Post a Comment