Tuesday 14 October 2014

pelajar sekolah mengandung anak bangla



Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang kerap berkunjung ke rumah teman lelakinya yang juga warga Bangladesh membongkar kegiatan maksiat dilakukannya dan kini dia disahkan hamil enam minggu selepas ditahan di sebuah rumah di Taman Mahsuri, dekat Padang Serai, di sini.
Difahamkan, remaja tersebut ditahan sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) selepas dikesan berdua-duaan sehingga menimbulkan syak wasangka dengan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun di sebuah rumah di Taman Mahsuri dekat Padang Serai, di sini.
Ketua Unit Penguat Kuasa Agama PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, remaja terbabit disahkan mengandung susulan pemeriksaan kesihatan Hospital Kulim ke atas gadis itu, selepas ditahan dala operasi cegah maksiat Rabu lalu.

No comments:

Post a Comment