Monday 20 October 2014

Kematian di Pelantar Minyak


Malam semalam kira-kira pukul 11.30 pm,dua kru pelantar minyak Ensco 104 sedang menjalankan rutin kerja-kerja penyelenggaraan bot keselamatan.

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja tersebut telah mengikut prosedur dan langkah-langkah keselamatan dengan permit penyelenggaraan serta kehadiran JSA di tapak selenggara.

Semasa sedang bertugas didalam sebuah bot keselamatan bernombor 3,bot berkenaan tiba-tiba jatuh 35 meter ke laut.

Saksi kejadian berteriak meminta pertolongan serta mamaklumkan terdapat kru didalam bot berkenaan.Walaubagaimanapun,tiada penggera kecemasan dibunyikan.

Pasukan keselamatan cuba segera menyelamatkan kedua-dua mangsa tetapi gagal dan mangsa ditemui telah meninggal dunia.

Mangsa dibawa ke pelantar sebelum diterbangkan ke kertih pagi ini untuk dibedah siasat.

Pelantar tersebut ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan pihak berwajib dijalankan.


No comments:

Post a Comment