Wednesday 6 May 2015

Kerajaan Negeri Terengganu Tanggung Keseluruhan Kos Penghantaran Pulang Jenazah Pelajar Russia


19313_879628495417198_5096425607427276887_n
Kerajaan Negeri Terengganu akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran pulang jenazah Nor Artikah Aliah, pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang terbabit dengan kebakaran asrama pelajar di Moscow 22 april lalu.
Nor Artikah, 25 menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi waktu Malaysia selepas mengalami komplikasi pernafasan ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sklifosovskogo di Moscow.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jenazah Nor Artikah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Krai, Kelantan paling awal pada pagi esok dan ianya membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM10,000 termasuk kos pengkebumian.
Ahmad Razif ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri turut mewakili kerajaan negeri Terengganu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Nor Artikah.
Turut hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas, Ghazali Taib.
Dalam pada itu, Ahmad Razif turut mengumumkan bahawa Yayasan Terengganu akan menghentikan penghantaran pelajar Terengganu ke Russia selepas ini dan akan lebih fokus kepada perancangan untuk menghantar pelajar yang berpotensi ke Indonesia dan India.

No comments:

Post a Comment