Monday 11 May 2015

Kaum Ibu Disaran Jalani Ujian Kesan Kanser Payudara



Kaum ibu sekali lagi digesa agar menjalani pemeriksaan mamoghram bagi mengesan tanda-tanda awal kanser payu dara.
Kanser payudara adalah kanser utama yang menyerang dan penyebab utama kematian wanita di negara ini dengan nisbah satu dari 19 orang berisiko menghidap penyakit itu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau mahu kaum ibu segera merebut peluang untuk menjalani ujian mamogram di mana-mana klinik mahu pun mendaftar dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Beliau turut berkata, statistik daftar kanser kebangsaan menunjukkan kadar insiden payudara di malaysia adalah 32,3 peratus bagi setiap wanita malah ianya turut mencatatkan sebagai kanser dengan peratusan yang tertinggi berbanding jenis kanser yang lain.
“Jadi, sekali lagi saya memohon untuk ibu-ibu dan suami-suami untuk menggalakkan isteri masing-masing melakukan ujian ini demi keluarga tercinta,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Ibu peringkat Kebangsaan di Mydin Mall, Gong Badak di sini.
Sambutan hari ibu diadakan secara serentak di 10 buah negeri antaranya di Stadium Mini Bistari Ayer Keroh, Melaka; Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu, Kelantan; Kompleks Sogo, Kuala Lumpur; Medan Niaga Satok, Kuching, Sarawak; Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis; dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof.

No comments:

Post a Comment