Thursday 2 April 2015

PPDNKK Terengganu Catat Nilai Rampasan RM898,406 Membabitkan 230 Kes


11080913_863641427015905_905732360861000555_n
Sejumlah 230 kes dengan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan RM898,406.60 direkodkan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu sejak 1 Jan lalu.
Pengarah PPDNKK, Mohd Nor Musa berkata rampasan itu adalah hasil dari pemeriksaan di 29,004 premis perniagaan di seluruh Terengganu melibatkan 136 kes dengan nilai kompaun sebanyak RM23,400.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 78 kes diletakkan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan nilai kompaun berjumlah RM12,250 melibatkan rampasan sebanyak RM34,120
“Selain itu, 95 kes dicatat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 dengan nilai rampasan RM118,818.50 dan nilai kompaun RM10,750,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan harga di sebuah pasar raya hari ini.
Sejumlah 74 pegawai pemantau harga PPDNKK di seluruh Terengganu terlibat dengan pelbagai operasi yang diadakan setakat ini.
Mohd Nor turut berkata sebanyak 35 kes kesalahan dicatatkan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dengan nilai rampasan RM95,934.18 dan nilai kompaun RM5,300 manakala hanya empat kes direkodkan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan nilai rampasan RM988.20.
“Bagi Akta Kawalan Bekalan 1961 pula, sebanyak 18 kes direkodkan dengan nilai rampasan RM784,049.20,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menggalakkan orang ramai untuk terus tampil membuat aduan kepada pihak PPDNKK sekiranya ada peniaga yang melakukan kesalahan dan tindakan segera dapat diambil.

No comments:

Post a Comment