Status Facebook pengarah popular Azman Yahya atau lebih dikenali dengan nama Jinggo dari JS Pictures mendapat perhatian ramai apabila ianya menunjukkan ayah kepada pelakon kanak kanak, Puteri Balqis seakan bersikap berlagak dengan syarikat produksi itu.
Ramai yang memberi reaksi meminta semua tidak hanya mendengar cerita dari pihak JS Pictures sahaja dan menunggu kenyataan dari pihak keluarga Puteri Balqis sendiri atas apa sebenarnya yang terjadi — ibu kepada pelakon kanak kanak itu tampil berikan kenyataan.
Bercakap kepada mStar Online, Norashikin Mohd Aziz meluahkan rasa kecewa dengan fitnah yang dilemparkan oleh pengarah itu dengan niat untuk menjatuhkan reputasi Puteri Balqis.
“Apa yang ditulis di laman sosial Facebook adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitu sebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu”
“Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu kerana dipermainkan bukannya mereka, tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jika ingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri,” ujar ibu kepada Puteri Balqis itu.
Puteri Balqis Sudah Terima, Hafal Skrip
Norashikin menambah yang JS Pictures merayu untuk Puteri Balqis berlakon dalam sebuah drama untuk siaran TV3 namun pada awalnya ditolak kerana punyai komitmen dengan pengarah Michael Ang namun selepas dipertimbangkan, mereka meminta skrip untuk dihafal terlebih dahulu.
“Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana pada awalnya mereka beria-ia untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarah Micheal Ang bertolak ansur dan beri laluan kepada drama ini dahulu. Deposit seharusnya dibayar kepada pelakon selepas menerima skrip dan kami memang sudah menerima skrip, malah Balqis sudah pun menghafalnya”
“Tentang bayaran untuk pelakon kanak-kanak bukan banyak seperti pelakon dewasa, malah produksi tersebut sudah memberitahu hanya akan membayar untuk lima episod sahaja sedangkan watak Balqis untuk enam episod,” tambahnya lagi kecewa.
No comments:
Post a Comment