Tuesday 18 November 2014

23 Kontraktor Didakwa Buat Tuntunan Palsu

                      Dato' Mohd Jamidan Bin Abdullah, Pengarah Siasatan SPRM Terengganu.
                               Dato’ Mohd Jamidan Bin Abdullah, Pengarah Siasatan SPRM Terengganu.(kiri)

Hasil daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri  Terengganu yang telah menjalankan satu operasi  yang dikenali sebagai “OPS OMBAK “yang dilaksanakan pada bulan Mac 2014 telah membawa kepada penahanan 23 kontraktor yang menyeleweng  bantuan Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di Dungun dan Paka.
23 kontraktor Kelas F termasuk seorang wanita telah dihadapkan kemahkamah Majistret Dungun hari ini dibawah Seksyen18 Akta ASPRM 2009 diatas pertuduhan   mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih bernilai melebihi 200 ribu Ringgit Malaysia  membabitkan 44 buah rumah nelayan di sekitar 2 daerah itu.
Jika disabitkan dengan kesalahan dibawah seksyen 18, denda minimum RM 10,000 ataupun lima(5) kali ganda suapan dan hukuman perjara tidak melebihi 20 tahun
Antara kesalahan yang dikesan ialah menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti,kerja baik pulih gagal disiapkan dan tidak mengikut spesifikasi serta menurunkan kerja baik pulih kepada pihak yang tiada kepakaran.
Menurut Pengarah Siasatan SPRM negeri Terengganu, Dato’ Mohd Jamidan Abdullah berkata,
“SPRM memandang serius isu ini walaupun nilai  tuntutan palsu bagi setiap rumah tidak begitu besar tetapi melibatkan hak rakyat khususnya golongan nelayan dan sekaligus peruntukan kerajaan gagal sampai kepada sasaran sebenar”
“Isu ketirisan ini membawa kesan negetif kerana selain mengakibatkan ketirisan bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat, ia juga memberi imej dan impak  negetif kepada kerajaan negeri dan agensi terbabit dalam pengagihan bantuan tersebut”
SPRM berharap kes-kes seumpama ini pada masa hadapan dipantau dengan lebih teliti oleh pihak bertanggungjawab dan nasib golongan miskin itu terbela. Katanya ketika ditemui pada siding media di pejabat SPRM hari ini.

No comments:

Post a Comment